SEMPENA Bulan Bahasa Melayu yang disambut di peringkat sekolah, guru Panitia Bahasa Melayu SK Pengkalan mengadakan Majlis Menepung Tawar dan Persembahan Nazam.

Guru besarnya,  Aslinda Saari berkata, program itu diadakan untuk mendedahkan murid pada budaya Melayu.

"Kesemua warga SK Pengkalan lebih kurang 1,100 termasuk guru dan murid terbabit dalam program berkenaan.

"Seorang murid lelaki dan perempuan dipilih untuk disandingkan mengikut ada istiadat Melayu lama," katanya.

Lebih menarik, kata beliau pada majlis itu mereka yang terbabit dikehendaki menggunakan bahasa istana.

Guru menunjukkan cara menepung tawar ketika persandingan itu diadakan.

"AKtiviti yang diadakan termasuk Bersahabat dengan Kamus, Kuiz Penjodoh Bilangan dan Mewarna Peribahasa," katanya.

Kata Aslinda, persembahan nazam oleh murid tahun enam mendapat terpukan gemuruh.

Murid teruja dengan aktiviti yang diadakan teruma sekali melihat rakan mereka disandingkan dan istiadat Melayu lama yang menggunakan bahasa istana.

“Saya harap aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk memberi pengetahuan kepada murid mengenai budaya Melayu yang sebenar,” katanya.