Dilahirkan dalam serba kekurangan tentunya menyukarkan seseorang untuk meneruskan kehidupan apatah lagi jika individu itu masih bergelar seorang murid.

Kesukaran untuk belajar, kekangan kemudahan dan keperluan terapi di sekolah bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini tentunya membuatkan mereka rendah diri dan tidak mustahil terasa dipinggirkan.

Justeru, langkah Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan mereka dalam arus perdana dapat meningkatkan semangat dan keyakinan diri.

Segmen ‘Apa Kata Mereka’ menyelongkar isi hati MBK dan apa yang mereka mahu untuk memudahkan mereka menikmati pendidikan sama seperti pelajar normal.

 

"Walaupun ada masalah pendengaran, namun saya tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya saya masih boleh belajar sama seperti murid normal yang lain. Tentang cikgu pula, semuanya bagus dan layan kami dengan begitu baik sekali."

- Muhammad Mu’az Norman, 11

MBK kurang upaya pendengaran

SK Dato’ Wan Kemara

Changlun, Kedah

 

"Guru kat sini semuanya 'best'. Mereka ajar satu persatu dengan jelas. Kalau kami tak faham, mereka ajar lagi. Terima kasih cikgu kerana tak jemu ajar murid macam kami."

- Aisy Luth Iman Ariff Syukri, 9

MBK kurang upaya pendengaran

SK Dato’ Wan Kemara

Changlun, Kedah

 

"MBK kurang upaya pendengaran di sekolah kami ini perlu seorang guru khas masalah pendengaran untuk memudahkan mereka faham setiap pertuturan yang disampaikan di sekolah kerana kebiasaannya apa yang disampaikan dan disoal oleh sesiapa sahaja di sekolah, mereka tak dapat jawab dengan baik dan setiap butiran yang dituturkan mereka kurang jelas dan sukar guru kelas perdana menyampaikan pdpc kepada mereka. Mereka juga perlu bahan audio yang terbaik untuk bantu murid ini faham dengan jelas setiap tajuk yang dipelajari kerana mereka perlu arahan dan sebutan jelas."

- Mohd Nizam Saidin,

Guru Besar SK Dato’ Wan Kemara Changlun, Kedah

 

[ SAMBUNGAN ARTIKEL DI SINI: MBK JUGA MAHU DILAYAN SEPERTI MURID NORMAL YANG LAIN ]

 

[ ARTIKEL BERKAITAN: GURU PENDIDIKAN KHAS INI CERITA HAL SEBENAR DI SEKOLAH DAN MOHON KPM AMBIL PERHATIAN DEMI ANAK MBK ]