Cerita sedih ini pernah tular sedikit masa lalu.

Ipeng atau nama sebenarnya Mohamad Nazmi Azmi menjadi bualan ramai dan berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk membantu dia sekeluarga.

Siapa sebenarnya Ipeng ini?

Mengapa rakyat Malaysia cukup terkesan dengan kisah murid tahun satu (pada masa itu)?

Mari ikuti kisah sedih Ipeng sepertimana yang dikongsi oleh Abdul Hafiz Mohamad Rani iaitu cikgu kepada Ipeng yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Karakit Banggi, Kudat, Sabah melalui facebook beliau iaitu Abdul Hafiz.

**

Nama Ipeng tahun 1 Bestari.

Dijaga oleh nenek setelah kematian emaknya.. Bapanya hilang tanpa khabar berita setelah kematian isterinya.

Ketika mengajar, diminta keluar buku teks tapi Ipeng cakap dia lupa bawak.. Aku maafkan.. Esok diminta perkara yang sama dan dia cakap lupa bawak walhal sudah aku pesan bawak buku hari-hari.

Aku mula rasa mahu marah..tergerak hatiku mahu cek beg Ipeng nie dan bila aku mahu cek begnya Ya Allah, beg lusuh yang hampir koyak di pakai Ipeng..hanya 1 buku yang hanya mampu d bawa Ipeng selama 2 hari persekolahannya.. Kalo bawak lebih dari 1 buku kompem akan teruk koyakkan begnya dan tak boleh di pakai lagi.

Ipeng, bila lagi kamu pakai beg nie? tanya ku.. Masa tadika Kemas lagi sir.. Means 2 tahun sudah dia pakai beg nie.. Aku cuba menyelami kisahnya..lagi sedih..

 

[ SAMBUNGAN ARTIKEL DI SINI: HANYA BOLEH BAWA SATU BUKU SEHARI..KISAH BEG BURUK MILIK IPENG CUKUP MENYENTUH PERASAAN]