KARNIVAL Pendidikan Amanjaya yang diadakan pada 23 November di Kompleks Rakan Muda Kamunting, mendapat sambutan hebat. Ia diadakan bersempena Program Permukiman Menteri Besar itu dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Sri Zambry Abdul Kadir.

Karnival menghidangkan pelbagai program melibatkan pelajar dan penduduk setempat.

Antara aktiviti yang diadakan ialah kios-kios oleh pelbagai sekolah dan juga jabatan pendidikan bertujuan mempamerkan inovasi dan bakat tersendiri dalam diri peserta.

Antara kios yang mendapat sambutan dan berjaya menarik perhatian khususnya pelajar adalah Kios Gesture. Kios ini memperkenalkan teknik pembelajaran subjek Kimia dan Sains dalam cara lebih mudah.

“Teknik Gesture ini amat menyeronokkan dan dapat menarik minat  pelajar dalam mempelajari subjek yang agak sukar iaitu Kimia,” Syuziana yang mengetuai kios tersebut.

Syuziana turut dibantu oleh Noraini yang bakal menjadi pelapisnya di masa akan datang.

Setelah mencuba sendiri teknik tersebut, kami merasakan teknik itu lebih mudah untuk difahami berbanding dengan membaca buku.

“Teknik ini berjaya sampai ke peringkat antarabangsa (IUPAC) dan memenangi pingat emas,” kata Syuziana.

Selain itu, Kios Seratas (Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah) turut berjaya menarik minat kami dan juga orang ramai kerana peserta yang mengendalikan kios tersebut adalah pelajar sekolah Seratas sendiri. Kios ini mempamerkan bakat-bakat mereka dalam memajukan bidang sains.

“Kami telah menghasilkan batu-batu ini hanya dengan menggunakan kulit telur, simen dan lain-lain,” kata salah seorang daripada mereka.

Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai kelab tersendiri bagi menyelidiki dan membuat sesuatu benda atau bahan dengan menggunakan kimia serta bahan terpakai.

Mereka juga pernah memenangi pingat emas dalam suatu pertandingan dan berjaya ke luar negara seperti kota New York bagi memperluaskan lagi kemahiran mereka dalam membuat sesuatu bahan.

Walaupun sibuk dengan pembelajaran (PdP) yang lain, mereka tetap menyertai pelbagai pertandingan dan sentiasa membina sesuatu inovasi yang baru.

Inilah yang dikatakan kehebatan inovasi anak-anak Perak masa kini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • Kawasan kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nering, di sini, sering menjadi tumpuan pelajar setiap kali waktu rehat atau masa terluang sejak empat tahun kebelakangan ini.
  • McDonald’s Malaysia mengagihkan sebanyak 40 buah beg dan peralatan persekolahan untuk anak-anak mangsa banjir di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pekan termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Lamir dan SK Temai, di sini.
  • Khidmatnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tendong hanya cuma dua tahun sebelum persaraannya pada Ahad lalu.
  • Seramai 100 murid sekolah rendah di Dun Gemas menerima bantuan beg sekolah sempena program Bantuan Persiapan Persekolahan Pemuda Umno Tampin, di sini, baru-baru ini.
  • IPOH - Syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) meraikan 55 kanak-kanak dari tiga rumah anak-anak yatim sempena program Kembali Ke Sekolah 2018 di Club House, Ipoh, baru-baru ini.