SHAH ALAM - Tiada apa yang hendak diharapkan selain melihat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, di sini dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan selesa.

Demikian luahan pengetuanya, Siti Salmiah Yaakob, apabila melihat kesungguhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), biro kebajikan dan keceriaan sekolah serta biro sarana dan komunikasi selain komuniti setempat menyediakan sarapan pagi untuk 389 pelajar yang menduduki SPM bermula Selasa lalu.

"Ini kali pertama program sarapan pagi yang juga dikenal 'Breakfast DSevens SPM 2018' dilaksanakan dan akan ada setiap pagi sepanjang hari peperiksaan.. sebelum ini ada kami buat tapi tidak teratur.

“Sarapan anjuran PIBG ini sebagai tanda sayang kepada pelajar oleh guru dan komuniti sekitar SMK Seksyen 7 ini," katanya seusai Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin di surau sekolah," katanya.

Kata beliau, pelajar perlu bersarapan untuk mendapatkan tenaga sepanjang menjawab soalan peperiksaan tambahan pula ada dalam kalangan pelajar sekolah itu yang tinggal jauh dan tidak sempat bersarapan di rumah.

Sehubungan itu, program yang membabitkan PIBG dan kumpulan sokongan sekolah ini amat bermakna buat calon SPM selain dapat mengeratkan silaturahim. 

"Saya bertuah kerana mempunyai kumpulan sokongan yang kuat khususnya daripada YDP PIBG Datuk Mohd Isa Ishak.. sentiasa menyokong pelbagai aktiviti yang  dianjurkan, seperti solat hajat yang kami lakukan hari ini, seramai 50 orang dapat menyertai walaupun masing-masing sibuk dengan tugas," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajikan dan Keceriaan, Sharifah Intan Syed Hussain berkata, program seumpama itu sangat mendapat sambutan daripada pelajar.

Penyelaras program juga Setiusaha Biro Sarana dan Komunikasi, Junaidah Suradi berkata setiap hari telah dijadualkan ibu bapa yang sukarela untuk bertugas.

"Kami memberi makanan seawal pagi untuk mereka sarapan.. kemudian pelajar akan ke surau solat hajat, kami akan siap sedia membungkus makanan untuk keesokan harinya pula.

"Makanan adalah pelbagai, seperti roti dan sekotak susu coklat dan sebagainya," katanya.

 

[LAGI GAMBAR DI SINI]

 

Penyelaras program juga Setiusaha Biro Sarana dan Komunikasi, Junaidah Suradi berkata setiap hari telah dijadualkan ibu bapa yang sukarela untuk bertugas.

"Kami beri makanan seawal pagi untuk mereka sarapan.. kemudian pelajar akan ke surau solat hajat, kami akan siap sedia membungkus untuk keesokkan harinya pula," katanya.

Selain itu, Pengerusi Biro Sarana dan Komunikasi, Terence Jimban Dunstan Melling berkata, ini kali pertama ibu bapa terlibat dalam program pembahagian sarapan ini.

"Tahun lalu hanya ahli jawatan kuasa sahaja terlibat.. dengan ini, ibu bapa juga sepakat boleh membantu menyokong anak-anak mencapai kecemerlangan.

"Sekurang-kurangnya ibu bapa datang boleh memberikan semangat pelajar untuk menjawab soalan," katanya.