TANJUNG MALIM - Bekas pelajar Methodist English School 1969 (MES69) atau sekarang dikenal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Tanjung Malim begitu teruja dapat berkumpul semula di sekolah itu.

Mereka bertemu semula buat kali kedua selepas 32 tahun terpisah pada 3 November lalu.

Wakil alumninya, Nor Anita Baharuddin berkata, pada asalnya mereka berhasrat untuk mengadakan pertemuan lebih besar namun kerana kekangan tugas  terpaksalah dibuat perjumpaan berskala kecil.

"Yang hadir hanya 20 orang, tapi kami sangat gembira serta teruja.. sejak meninggalkan sekolah dulu, ini kali pertama kami jejak kembali ke sekolah ini.

"Inipun hasil usaha rakan kami, Azlinda Noor Abdul Rahman dan Suraya Abu Samah, program yang bertemakan ‘MES 69 Kembali ke Sekolah’ akhirnya menjadi kenyataan," katanya.

Katanya, mereka mengadakan sesi bergambar di di kawasan sekolah pada jam 2.30 petang sebelum ke Restoran Sarang Hub Art, milik pengarah tersohor, Mamat  Khalid untuk menjamu selera.

"Terima kasih kepada rakan kami Asiva Nesan yang menaja makanan kami pada hari tersebut," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap hubungan antara mereka semakin erat.

[LAGI GAMBAR DI SINI]