SUNGAI PETANI - Seramai 355 ahli Pengakap Negeri Kedah yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat termasuk 18 ahli Pengakap Daerah Kulim berjaya menyertai Ekspedisi Pendakian Gunung Jerai baru-baru ini.

Antara aktivitii yang diadakan termasuk mendaki gunung, mengenal pokok rimba, melakukan lawatan ke Muzium Perhutanan, melakukan aktiviti Ikhtiar Hidup termasuk membaca dan mengendalikan kompas.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulim, Ismail Othman berkata, Ekspedisi Pendakian Gunung Jerai merupakan aktiviti Pengakap Negeri Kedah yang dianjurkan sejak sekian lama dan mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Menurutnya, ia juga adalah acara tahunan bagi ahli Pengakap Remaja yang ingin mendapatkan Lencana Ekspedisi yang merupakan lencana wajib bagi calon Pengakap Raja.

“Di samping menguji ketahanan fizikal dan mental, peserta juga didedahkan dengan ilmu hutan, ikhtiar hidup dan teknik mengenali spesies pokok yang terdapat dalam hutan simpan ini,” katanya.

Majlis perasmian penutup disempurnakan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Marzuki Daud.

Turut disampaikan, sijil penyertaan dan pencapaian yang berjaya dilalui peserta mengikut kemampuan masing-masing.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GOPENG - Archery Challenge 2018 anjuran Kelab Staf Kolej Matrikulasi Perak (KMPK) berjaya menarik minat 25 anak kakitangan KMPK untuk menyertainya.
  • PARIT - Seramai 105 murid sekitar Parlimen Parit menyertai program Excellence Immersion Project 2018 anjuran Pejabat Pendidikan Perak Tengah dengan kerjasama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit.
  • SEREMBAN - Usaha untuk memperkenalkan semula sekolah aliran Inggeris di negara ini merupakan satu cadangan yang baik dan wajar dipertimbangkan.
  • KUANTAN - Penubuhan Kelab Setem dan Filateli (Kesef) mampu memupuk jati diri dan melahirkan modal insan yang berinovatif, kreatif dan menghargai sejarah dalam kalangan murid di sekolah.
  • KUANTAN - Dua tahun lalu, beliau tersenarai antara 50 calon akhir bagi kategori Guru Terbaik Anugerah Hadiah Guru Global anjuran Yayasan Varkey.