SERAMAI 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Puteri yang layak menerima bantuan awal persekolahan.

Bantuan berbentuk beg sekolah itu disampaikan oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, di Kuala Rompin baru-baru ini.

Menurut Mohd Johari, bantuan kepada murid-murid yang terpilih itu diharapkan dapat meringankan beban ibu bapa mereka.

Katanya, ada sebahagian ibu bapa yang mempunyai sumber pendapatan tidak tetap dan mungkin juga jumlah tanggungan yang ramai.

“Bantuan awal persekolahan mungkin nampak kecil tapi ia cukup besar bagi yang memerlukannya.

Tenaga pengajar SK Sungai Puteri turut tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama Mohd Johari (tengah).

“Saya lihat jelas di wajah murid-murid penerima air muka gembira, selepas ini kita harap mereka belajar rajin-rajin dan berjaya dalam pelajaran,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Adun Tioman sempat menasihati murid-murid berkenaan agar memberikan fokus dalam pelajaran.

Menurutnya, hanya pelajaran yang dapat merubah kehidupan pada masa akan datang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • Majlis pelantikan pengawas, pustakawan, ketua dan penolong ketua kelas Sekolah Kebangsaan (SK) Chinchin bertujuan meningkatkan semangat mereka untuk menggalas tanggungjawab diamanahkan.
  • SEJUMLAH peruntukan telah diluluskan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim untuk Tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kuala Selangor.
  • GURU Ahli Jawatankuasa (AJK) Keselamatan di sekolah yang dilantik perlu lebih agresif untuk mengendalikan sebarang aktiviti berkaitan.
  • KLUANG - Sebanyak 578 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) perlu menjadi benteng daripada ditembusi ideologi Daesh selain menjadikan muridnya berilmu dan berakhlak mulia.