DENPASAR - INDONESIA. Polis Indonesia melancarkan siasatan terhadap kematian pasangan warga emas Jepun yang mayat mereka ditemui terbakar di pulau percutian terkenal Bali.

Mayat Nurio Matsuba, 76 dan isteri 73 Hiroko ditemui pada 4 September oleh anak angkat mereka warga Indonesia di Jimbaran, perkampungan nelayan dan kawasan resort di selatan Bali.

"Ini adalah pembunuhan yang dirancang, jelas menunjukkan suspek merancangnya sebelum pergi ke rumah mangsa," kata ketua polis Denpasar, Hadi Purnomo.

Penyiasat sedang mencari lebih daripada seorang suspek dan menyoal siasat 42 saksi setakat ini termasuk keluarga dan rakan perniagaan mangsa, kata Purnomo.

Motif pembunuhan masih belum diketahui.

Pasangan itu tinggal di Bali selama tujuh tahun dan Nurio adalah broker di sebuah syarikat eksport tuna.

Pihak berkuasa masih menunggu hasil bedah siasat namun pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada mangsa.

Penyiasat turut menjumpai tali dan dua pisau di lokasi kejadian, lapor AFP.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DENPASAR - INDONESIA . Seorang remaja Amerika Syarikat yang sedang hamil mengaku tidak bersalah membunuh ibunya di sebuah hotel di Bali dalam kejadian tahun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.