ABU DHABI - Wanita terberat di dunia, Eman Abd El Aty yang menerima rawatan rehabilitasi di sini, meninggal dunia, semalam.

Doktor di Hospital Burjeel memberitahu, Eman menghembus nafas terakhirnya pada jam 4.35 pagi (waktu tempatan) akibat pelbagai komplikasi termasuk penyakit jantung dan kegagalan buah pinggang.

Warga Mesir itu dipindahkan ke Hospital Burjeel dari India, pada Mei lalu untuk meneruskan rawatan pemulihan bagi pembedahan penurunan berat badan yang menyaksikan dia hilang lebih 300 kilogram (kg) berbanding berat asal, 500kg.

Awal tahun ini, Eman mengalami komplikasi semasa rawatan mengurangkan berat badan ketika di Mumbai.

Sejak kecil, dia mengalami penyakit tiroid yang jarang berlaku. - The National

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.