BANGKOK - THAILAND. Seorang wanita yang didakwa mengahwini 12 lelaki sebelum membawa lari wang hantaran akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Thailand, lapor Channel News Asia.

The Bangkok Post melaporkan, Jariyaporn Buayai,32 ditahan di Tambon Kratumlon, wilayah Samphran ketika cuba melarikan diri.

Jariporn ditahan bersama salah seorang suaminya,  Kittisak Tantiwatkul, yang kedua-duanya dikehendaki polis untuk beberapa waran kesalahan lain.

Tujuh lelaki menfailkan aduan terhadap Jariyaporn menuduh wanita itu menipu dengan berkahwin dengan mereka dan melarikan wang hantaran, kata laporan itu

Peguam mangsa, Songkran Achariyasap berkata, wanita itu akan mendekati mangsa melalui Facebook, memulakan hubungan romantis dan kemudian meminta lelaki itu melabur dalam 'perniagaan perdagangan buah' miliknya.

Mereka kemudian melakukan hubungan seks dan berkahwin sebelum dia melarikan diri dengan wang hantaran.

Seorang mangsa, Prasarn Thiamyaem, 32, berkata, dia mengenali wanita itu pada Februari 2015 selepas bertukar 'Like' di Facebook. Mereka membincangkan perniagaan buah dan dia diminta menjadi pelabur.

Prasarn memberi Jariyaporn memimjam wang 200,000 baht (RM 25,360), melakukan hubungan seks dengannya dan wanita itu kemudiannya mendakwa dia hamil.

Perkahwinan mereka diadakan di Prachuap Khiri Khan pada bulan November 2015 apabila dia memberikan 200,000 baht lagi sebagai wang hantaran.

Mereka tinggal bersama selama empat hari sebelum wanita itu memberitahu suaminya bahawa dia terpaksa pulang ke kampung

Seorang saudara Jariyaporn kemudian memaklumkan kepada Prasarn, wanita itu mengalami keguguran dan tidak mahu lelaki itu menghubunginya lagi.

Polis bertindak terhadap lima waran untuk menangkap Jariyaporn atas tuduhan penipuan dan penyelewengan lama di lima wilayah sebelum dia menikah dengan lelaki itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.