FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita mengandung lapan bulan disahkan meninggal dunia selepas ditembak sebanyak tiga kali.

Heidy Bowen, 27, dikejarkan ke hospital selepas insiden berlaku di mana usaha menyelamat dilakukan serta-serta ke atas dia dan bayinya.

Memetik laporan portal antarabangsa, doktor terpaksa melakukan pembedahan segera bagi menyelamatkan anaknya kerana organ dalaman Bowen mula tidak berfungsi.

Bowen dilaporkan masih dalam pemantauan, bagaimanapun bayinya hanya dapat bertahan selama beberapa hari dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Pihak berkuasa Miami kemudiannya menyebarkan wajah suspek yang dinamakan Wayne Collier.

Collier, 28, kini berdepan dengan tuduhan membunuh dan cubaan membunuh.

"Collier dikehendaki oleh pihak berkuasa dan kami akan memberikan ganjaran kepada mana-mana pihak yang mengongsi maklumat mengenai lokasi Collier," kata Detektif Lee Cowart.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :