DETROIT - AMERIKA SYARIKAT. Seorang peguam melakar sejarah menjadi wanita Islam pertama menduduki kongres Amerika Syarikat.

Rashida Tlaib, 42 tahun, seorang imigran berketurunan Palestin memenangi kerusi utama parti demokrat di Detroit.

Rashida menewaskan lima calon lain dari parti demokrat pada pemilihan awal di Detroit.

Dengan tiada calon Republikan atau pihak ketiga, Rashida akan mulai bertugas di dewan perwakilan  selepas pilihan raya pertengahan penggal November ini.

Rashida menyifatkan pemilihan itu sebagai mesej bahawa tuduhan retorik Presiden Donald Trump adalah tidak berasas.

“Pemilihan ini adalah satu mesej buat seluruh dunia bukan sahaja di negara ini. Walaupun dengan tuduhan retorik Donald Trump yang tidak berasas, masih ada masyarakat yang meraikan agama Islam,” katanya. - Agensi