NAIROBI - KENYA. Pasukan penyelamat menemui empat lagi mangsa terselamat yang terperangkap dalam runtuhan pangsapuri enam hari lalu akibat hujan lebat meningkatkan harapan lebih ramai mangsa mungkin masih hidup, lapor AP.

Mangsa pertama diselamatkan adalah seorang wanita hamil 8 bulan, Elizabeth Night Odhiambo, 24, sementara seorang lagi turut ditemui bersama-sama wanita itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Elizabeth dikejarkan ke Hospital Kenyyata sebaik ditemui dan menjalani pembedahan namun anaknya dilaporkan tidak berjaya diselamatkan.

Sementara itu, Ketua Unit Pengurusan Bencana, Pius Masai berkata, tiga lagi mangsa berjaya diselamatkan selepas wanita itu, namun seorang disahkan meninggal dunia kerana ambulans tidak mempunyai peralatan mencukupi.

Bagaimanapun, keadaan dua lagi mangsa tidak diketahui.

[ARTIKEL BERKAITAN: Budak terselamat selepas 4 hari terperangkap]

Runtuhan kediaman enam tingkat itu telah mengorbankan 37 orang dan mencederakan 134 yang lain.

"70 mangsa masih hilang," kata Ketua Palang Merah Kanya, Abbas Gullet.

Pihak berkuasa berkata, harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup lebih 72 jam tipis.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.