SINGAPURA - Seorang wanita berusia 41 tahun ditahan selepas mengancam suaminya dengan gunting selepas bertengkar kerana ubat gigi.

Polis memberitahu The Straits Times, mereka dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan di unit blok 447, Houngang Evenue 10 pada jam 8.35 pagi.

Wanita itu dikenalpasti sebagai Yu Hung Hong seorang warganegara China yang baru menerima kewarganegaraan Singapura.

Difahamkan pertikaian pasangan itu dikatakan timbul apabila pembantu rumah warga Myanmar meminta kepada suami Yu untuk menggunakan ubat gigi mereka.

Lelaki itu bersetuju namun Yu tidak berpuas hati dan dikatakan memarahi serta menampar pembantunya itu.

Wanita itu kemudian menghampiri suaminya sambil mengacukan gunting ke arahnya dan mengancamnya.

Lelaki itu berjaya menolak isterinya itu dan menelefon pihak polis.

Yu kini dibebaskan dengan jaminan.

Siasatan polis sedang dijalankan.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.