LONDON - ENGLAND. Saintis di Britain merancang mahu memanfaatkan virus Zika untuk membunuh sel tumor otak di bawah eksperimen yang disifatkan sebagai cara baharu untuk melawan barah agresif.

Penyelidikan diketuai Harry Bulstrode di Universiti Cambridge itu akan memfokuskan glioblastoma yang merupakan bentuk kanser otak paling biasa.

"Zika diguna untuk sasarkan sel barah itu, namun kekalkan tisu otak dewasa normal pada masa sama. Virus bawaan nyamuk yang menyebabkan kecacatan pada bayi itu diharap boleh menghasilkan kaedah rawatan baharu," kata Bulstrode. - Reuters

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.