KAHERAH - Segelintir ulama menyifatkan tragedi Taufan Sandy yang membadai New York dan beberapa bandar lain di Amerika Syarikat (AS) adalah hukuman ALLAH SWT selepas kelancangan dan kebiadaban negara itu menerbitkan filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Ulama Mesir, Wagdi Ghoneim menganggap taufan itu sebagai pembalasan terhadap penerbitan filem anti-Islam yang dilakukan AS sehinggamencetuskan gelombang protes di seluruh dunia pada September lalu.

“Punca dan sebab taufan di AS masih menjadi persoalan dan saya berpendapat ia adalah pembalasan ALLAH SWT terhadap kemungkaran mereka,” katanya.

Kenyataan itu disampaikan melalui laman Twitternya selepas dua hari bencana itu melanda AS.

Manakala ulama Arab Saudi, Salman al-Audah berkata, taufan mengorbankan lebih daripada 140 orang itu, adalah petanda awal untuk mendorong rakyat AS memeluk Islam.

Namun, reaksi berbeza disuarakan mufti besar negara itu, Abdel Aziz Al Sheik apabila menyatakan rasa simpatinya terhadap mangsa bencana.

“Jangan terlalu gembira dengan tragedi itu kerana terdapat mangsa bencana dalam kalangan umat Islam dan mereka turut menderita,” katanya.

Sementara itu, ulama Iran berpendapat, kejadian itu adalah kuasa ALLAH SWT kerana Iran juga pernah mengalami bencana yang sama pada 2003 hingga menyebabkan lebih 26,000 terkorban di bandar Bam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAHERAH - MESIR. Para menteri luar yang menyertai mesyuarat tergempar Liga Arab di ibu negara Mesir, kelmarin mendesak AS menarik balik keputusannya untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang didakwa akan meningkatkan keganasan rantau terbabit.
  • KAHERAH - MESIR. Pasukan keselamatan Mesir menembak mati 11 suspek dipercayai sebagai 'elemen pengganas' ketika serbuan yang dilakukan ke atas tempat persembunyian kumpulan militan yang menyediakan sokongan ke atas jihadis di Sinai Utara.
  • KAHERAH - MESIR. Angkatan Udara Mesir melancarkan serangan udara ke atas kubu militan dan kenderaan selepas lelaki bersenjata menyerang sebuah masjid dan mengorbankan sekurang-kurangnya 305 nyawa di Sinai Utara, kelmarin.
  • KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyerang yang membunuh sekurang-kurangnya 305 termasuk kanak-kanak di sebuah masjid di wilayah Sinai Utara disifatkan serangan paling dahsyat dalam sejarah moden negara itu.
  • KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi, menyatakan ikrar akan menggunakan sepenuh kuasanya untuk bertindak balas ke atas serangan sebuah masjid di Sinai Utara, semalam.