PYONGYANG - KOREA UTARA. Diplomat tertinggi Korea Utara menyifatkan ucapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump seperti anjing menyalak, lapor BBC.

Bercakap pada perhimpunan Agung PBB pada Rabu, Trump berkata, negara itu akan menghancurkan Korea Utara jika mereka terus memberi ancaman kepada AS dan negara bersekutunya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Trump ugut hancurkan Korea Utara]

Menteri Luar, Ri Yong Ho berkata, Korea Utara akan terus membangunakan program nuklear dan senjatanya, menyangkal larangan PBB.

"Jika Trump berfikir mengejutkan kita dengan bunyi seperti anjing menyalak, maka dia hanya bermimpi," katanya kepada pemberita dekat ibu pejabat PBB di New York.

Ri akan membuat ucapan kepada PBB pada hari Jumaat.

Pakar berkata, Korea Utara telah membuat kemajuan cepat yang mengejutkan dalam pembangunan peluru berpandu jarak jauh dan program nuklearnya.

Pada 3 September, negara itu mengumumkan, mereka telah menjalankan ujian nuklear keenam dan terbesarnya.

Sehari selepas pengumuman itu, PBB meluluskan sekatan baru terhadap negara itu dengan menyekat import minyak dan mengharamkan eksport tekstil sebagai percubaan untuk menyekat bekalan bahan bakar dan pendapatan untuk program senjata.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengejek Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan memanggilnya 'lelaki roket' semasa berucap di Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PYONGYANG - KOREA UTARA. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un nampaknya mencipta perkataan baharu ketika membalas serangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini yang menggelar dirinya 'lelaki roket' lapor Huffington Post.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.