BIRMINGHAM - Seorang wanita yang baru sahaja sembuh dari demam selesema di Britain telah bertutur dalam bahasa Perancis secara tiba-tiba.

Cebie Royston, 40, berasal dari Birmingham menghidapi sejenis penyakit yang menyebabkannya kehilangan upaya bertutur selama sebulan dan apabila sembuh wanita itu mendapati dia tidak lagi boleh bertutur dalam dialek asalnya iaitu Brummies.

Doktor yang merawat Royston mengesahkan kejadian tersebut sebagai Sindrom Bahasa Asing (FAS), yang menyebabkan seseorang itu mampu bertutur dalam bahasa asing akibat kecederaan dalam otak.

Namun begitu, Royston yang tidak pernah ke Perancis berasa pelik kerana dia hanya mengalami demam selesema dan bukannya penyakit kronik atau trauma yang mengakibatkan sindrom FAS tersebut.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.