PARIS - PERANCIS. Tujuh individu termasuk dua pelancong Britain dilaporkan cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjata pisau dan batang besi di Paris,semalam.

“Setakat ini tiada petanda menunjukkan ia adalah serangan pengganas,” kata sumber polis sambil menambah suspek yang dipercayai berasal dari Afghanistan telah ditahan.

Empat daripada tujuh mangsa yang cedera dalam insiden terbabit dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Dalam insiden jam 11:00 malam di tebing terusan  l'Ourcq, saksi melihat suspek yang bersenjata pisau dan batang besi dikejar sekumpulan lelaki yang cuba menghalangnya daripada terus melakukan serangan.

"Siasatan sedang dijalankan dan kami berhubung rapat dengan pihak berkuasa Perancis," kata Kementerian Luar Britain dalam satu kenyataan.- BBC