TORONTO - KANADA. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mendakwa dia menjadi sasaran seorang lelaki tidak dikenali yang bertindak menggunting tudung dipakainya ketika mangsa berjalan ke sekolah bersama adik lelakinya.

Kelmarin, jurucakap polis Toronto memberitahu suspek cuba melakukan perbuatan itu ke atas murid gred enam, Khawlah Noman dua kali dalam tempoh 10 minit.

"Saya berasa sangat takut. Saya menjerit dan lelaki itu melarikan diri, namun dia kembali semula dan cuba menggunting tudung saya sekali lagi," katanya.

Difahamkan, sebarang tangkapan masih belum dibuat.

Lembaga sekolah daerah Toronto turut terkejut dengan kejadian itu yang disifatkan oleh Perdana Menteri Ontario, Kathleen Wynne sebagai 'perbuatan pengecut penuh kebencian' yang tidak diterima di wilayah terbabit.

Insiden itu berlaku lebih sebulan selepas hakim di wilayah Quebec undang-undang  melarang pemakaian purdah ketika memberi atau menerima perkhidmatan awam. - Press TV

Artikel berkaitan yang patut anda baca :