WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengucapkan tahniah kepada unit SEAL Tentera Laut Thailand kerana berjaya mengeluarkan kesemua 13 mangsa yang terperangkap di sistem gua Tham Luang, sebentar tadi.

Ucapan tahniah itu dimuat naik Trump di Twitter beliau.

"Mewakili kerajaan AS, saya mengucapkan tahniah kepada Thai Navy SEALS kerana berjaya membawa keluar kesemua 12 budak bersama jurulatih mereka dengan selamat. Ia momen yang indah...semuanya selamat, bagus!," katanya. - The Guardian