SINGAPURA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersedia untuk menjemput pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un ke Rumah Putih selepas sidang kemuncak bersejarah di Singapura, hari ini.

Trump juga memastikan kedua-dua pemimpin bakal mengadakan beberapa pertemuan sebagai rumusan kepada sidang kemuncak julang kali itu.

“Kita akan berjumpa lagi dan kita akan berjumpa beberapa kali,” kata Trump selepas majlis menandatangani, bersama Jong-un di anjung tempat pertemuan pertama mereka.

Pada masa sama, Jong-un selepas sidang kemuncak itu berkata kedua-dua negara memutuskan untuk ‘meninggalkan kisah silam’.

“Hari ini (semalam), kami mengadakan pertemuan bersejarah dan memutuskan untuk meninggalkan kisah silam dan kami akan menandatangani dokumen bersejarah,” katanya.

Jong-un turut berterima kasih kepada Trump kerana merealisasikan pertemuan itu. - AFP