WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus memperlekeh golongan pendatang di negara itu.

Terbaru, Trump mempersoalkan kenapa AS perlu menerima pendatang dari negara yang dilabelkannya sebagai 'lubang najis'.

Kenyataan berbaur penghinaan dari jutawan berusia 71 tahun itu merujuk kepada Haiti, El Salvador dan beberapa negara Afrika.

Trump mengeluarkan kenyataan tersebut di pejabatnya di Rumah Putih kelmarin, semasa pertemuan dengan penggubal undang-undang bagi membincangkan penguatkuasaan imigresen baharu terhadap pendatang.

Ia termasuklah melarang mereka membawa masuk keluarga masing-masing ke AS dan menamatkan program loteri visa kepada individu yang melindungi pendatang haram.

Sementara itu, rata-rata ahli Demokrat malah ahli Republikan sendiri mengkritik kenyataan celupar Trump.

"Kami sudah lama tahu bahawa Presiden Trump tidak menyukai orang dari negara tertentu atau warna kulit tertentu.

"Sekarang sudah terbukti beliau seorang yang rasis dan tidak berkongsi nilai-nilai yang termaktub dalam Perlembagaan AS," kata ahli Kongres, Luis Gutierrez.

Trump pada awal tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila mengharamkan sementara pelancong dari Syria dan enam negara Islam lain iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman dari memasuki AS.

Dakwaan Trump itu bertujuan menghalang AS daripada jadi sasaran serangan pengganas. - AFP

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Senat Amerika Syarikat (AS) kembali menamatkan kebuntuan bajet sebelum bermulanya minggu kerja apabila penutupan banyak operasi persekutuan bakal memberi impak di seluruh negara.
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT.Amerika Syarikat (AS) bertindak menyekat separuh dana yang sepatutnya disalurkan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin PBB (UNRWA) yang dikhuatiri akan menyebabkan ketidakstabilan di wilayah itu.
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mempertahankan dirinya selepas melabel negara-negara di Afrika sebagai 'negara sampah'.
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dihujani kritikan kerana meneruskan permainan golf ketika penduduk Hawaii dilanda panik berikutan amaran serangan peluru berpandu balistik, Sabtu lalu.