WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan menghina terhadap golongan pendatang.

Kali ini, Trump menggelar imigran tanpa dokumen yang menyeberangi sempada negara sebagai binatang dan perlu segera dihantar pulang.

“Ramai orang cuba menyelinap masuk ke negara ini dan kami telah menyekat sebahagian besar daripada mereka.

“Dan anda tidak akan percaya betapa jahatnya mereka ini. Mereka bukan manusia, tapi binatang,” katanya.

Trump mengeluarkan kenyataan kontroversi itu ketika ditanya mengenai rancangan pentadbirannya untuk menghalang imigran yang tidak diingini, termasuk ahli-ahli kumpulan penjenayah antarabangsa seperti MS-13.

Terkenal dengan sikap prejudisnya terhadap golongan pendatang, Trump menggunakan pertemuan meja bulat di Rumah Putih dengan pegawai negeri dan tempatan semalam untuk mengkritik undang-undang imigresen AS.

Beliau menyifatkan undang-undang sedia ada sebagai jamban dan tidak berguna di dunia.

Pada Januari lalu, Trump mencetuskan kemarahan apabila melabel pendatang dari Amerika Latin datang dari negara ‘lubang najis.’ - Press TV