BEIJING - CHINA. Seorang wanita dilaporkan menikam suaminya sendiri, di sebuah jalan di China gara-gara kena tipu.

Memetik laporan daripada portal Mirror.uk melaporkan, wanita itu bertindak mengheret suaminya di jalanan, sebelum mengeluarkan pisau dan menikamnya sehingga berdarah.

"Lelaki itu, cuba beberapa kali untuk melarikan diri namun tidak berjaya kerana kakinya tersadung dan terjatuh.

"Orang yang melihat cuba menenangkan keadaan, namun dimarahi wanita itu," petik kenyataan beberapa saksi kejadian itu.

Kejadian yang berjaya dirakam memperlihatkan lelaki itu merayu kepada isterinya, tetapi rayuan itu tidak diendahkan.

Namun, laporan tidak menyatakan secara jelas tentang insiden itu, dan apa yang berlaku terhadap pasangan terbabit selepas insiden berkenaan.