SEMAKIN hari semakin berkurangan spesies yang ada di bumi ini. Perubahan iklim yang semakin tidak menentu dan juga aktiviti pemburuan fauna menjadi salah satu faktor makin berkurangnya kepelbagaian itu di dunia.

World Wildlife Fund (WWF) dalam laporannya berkata, bumi telah kehilangan 0.01 peratus dari jumlah spesies atau sekitar 10,000 spesies.

Oleh sebab itu kini sudah banyak usaha dilakukan untuk melindungi haiwan liar dan menentukan kawasan yang digunakan untuk konservasi flora dan fauna.

Kawasan yang telah ditentukan meliputi darat atau laut dinamakan sebagai Taman Nasional dan menjadi kawasan dilindungi.

Banyak negara telah menetapkan sebagian kawasan daratan dan lautan sebagai sebahagian daripada program konservasi untuk melindungi kawasan tersebut.

Berikut ini adalah tiga taman nasional terbesar di dunia.

1.Great Barrier Reef Marine Park (keluasan 345,000 km)

Taman nasional ini merupakan taman nasional air terbesar di dunia. Terletak di timur laut Australia, terdiri dari ekosistem air yang luar biasa dan menjadi salah satu tempat haiwan liar untuk berhijrah. Haiwan liar utama yang ada di sini adalah beberapa spesies karang, jerung, mamalia laut, ikan bertulang, kura-kura, ular laut dan masih banyak spesies tanaman air lainnya.

2. Namib – Naukluft National Park (keluasan 49,768 km)

Namib – Naukluft National Park

Taman nasional ini bermula pada 1 Ogos pada 1979 dan berada dibawah tanggungjawab Kementerian Lingkungan Hidup dan Pariwisata, Indonesia. Kawasan pemuliharaan ini meliputi bahagian dari Gurun Namib dan pegunungan Naukluft yang dianggap sebagai gurun tertua di dunia.

Susun atur geografi dari taman nasional ini terdapat pelbagai jenis makhluk hidup di dalamnya. Kawasan ini pertama kali dibentuk selama kolonial Jerman, dan haiwan liar utamanya termasuklah serigala, dan ular.

3. Wood Buffalo National Park (keluasan 44,807 km)

Wood Buffalo National Park

Didirikan pada tahun 1922, taman nasional ini paling besar di Kanada. Dengan kawasan perlindungan utamanya adalah tempat bersarangnya burung yang sudah terancam, iaitu  burung bangau Whooping. Pembentukan kawasan ini tujuan utamanya adalah untuk melindungi kawanan liar Bison Wood dengan populasi 5,500. Selain itu juga terdapat haiwan liar lainnya iaitu, rusa besar, burung hantu, beruang hitam, serigala, helang dan lembu.

Pentingan usaha pemuliharaan ini adalah untuk mengekalkan pemeliharaan pelbagai flora dan fauna di dunia, supaya anak-anak dan cucu-cucu kita masih dapat melihatnya suatu hari nanti. Anda juga boleh menikmati keindahan pelbagai flora dan fauna di taman negara ini dengan mengambil safari atau pelancongan. - Sumber:agolf