ISLAMABAD - PAKISTAN. Tiga anggota keselamatan terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas konvoi tentera diserang di Balochistan wilayah barat daya Pakistan malam tadi, memetik sumber media tempatan lapor agensi berita China Xinhua.

Beberapa anggota militan melepaskan tembakan ketika konvoi melalui kawasan Washuk di wilayah itu, menurut Dunya News.

Polis tempatan berkata, penyerang berjaya melepaskan diri dan mangsa yang cedera dihantar ke sebuah hospital berdekatan.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun kejadian serangan keganasan sering dikaitkan dengan kumpulan serpihan yang aktif di wilayah berkenaan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.