TULAR sebelum ini, seorang kanak-kanak Nigeria yang baharu berusia lima tahun, Jare Ijalana atau dipanggil Little Jare di puji 'seperti anak patung' oleh pengikutnya di Instagram.

Ia bermula apabila seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya, lapor The Sun.

Gambar tersebut mendapat puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen yang mengagumi kecantikan asli Jare.

Malah, gambar itu turut mendapat perhatian yang sama dengan gambar Blondeau, model Perancis ketika usianya enam tahun.

Namun, sebenarnya selain, Jare, ingin dkongsikan,  dia juga mempunyai dua lagi kakak, iaitu Jomi, 7, dan Jobs, 10, yang juga sering beraksi di hadapan kamera bagai super model.

Tiga beradik itu mempunyai akaun Instagram dengan nama The J3 Sisters.

Sehingga mereka kini, mereka sudah mempunyai 103,000 pengikut.

Malah sehingga hari ini, akuan Instagram tiga beradik ini, terus dihujani pujian.

Meskipun mereka bukanlah model cilik profesional tetapi menerusi gambar-gambar tersebut, pasti sesiapa kagum dengan potensi The J3 Sisters.