BANGKOK - THAILAND . Raja Maha Vajiralongkorn telah mengarahkan agar beberapa peraturan dilonggarkan bagi memudahkan orang ramai yang berkabung dan dijangka hadir untuk menyaksikan upacara persemadian ayahanda baginda, mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Raja Vajiralongkorn memberi kebenaran untuk orang ramai menyaksikan upacara persemadian diraja di tepi jalan, berhampiran dinding Istana Agung, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Ormsin Chivapruck.

Kebenaran Raja Vajiralongkorn itu membolehkan lebih banyak ruang disediakan untuk 70,000 orang, meningkat daripada ruang yang dihadkan untuk hanya 40,000 orang, seperti yang diaturkan sebelum ini.

Ketika setiap perarakan diraja melewati sesuatu lokasi, orang ramai yang menyaksikannya hendaklah meniarapkan diri sebagai tanda hormat.

Ia akan menjadi gambaran bagi acara bersejarah itu, yang akan disiarkan ke seluruh dunia, kata menteri tersebut.

Sementara itu, bagi mengelak khalayak yang ramai di pusat tapisan keselamatan berhampiran Hotel Royal Rattanakosin, menteri itu turut menasihati orang ramai untuk masuk melalui lapan pusat pemeriksaan keselamatan bagi mengurangkan masa menunggu dalam barisan yang panjang.

Bagi mereka yang kini berkhemah sebelum upacara persemadian berlangsung, mereka akan diminta meninggalkan lokasi itu dan masuk semula melalui pusat pemeriksaan mulai 25 Oktober dari jam 5 pagi, sehari sebelum upacara persemadian diraja atas sebab-sebab keselamatan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANGKOK - THAILAND . Kerajaan Thailand merancang mengusir pelarian Rohingya kembali ke laut berikutan bimbang gelombang baharu kebanjiran pelarian di perairan Asia.
  • BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa Thailand tidak mempunyai maklumat risikan menunjukkan bahawa insiden pengeboman di selatan Thailand baru-baru ini ada kaitan dengan kematian ketua militan Daesh Asia Tenggara, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi di Syria.
  • BANGKOK - THAILAND . Kerajaan Thailand memberi amaran kepada laman sosial, Facebook supaya memadam kandungan sensitif berkaitan keluarga monarki Thailand.
  • BANGKOK - THAILAND . Sekurang-kurangnya enam terbunuh akibat banjir besar dan hujan lebat di selatan Thailand selain turut menyebabkan penerbangan tertangguh dan menjejaskan pelancongan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.