BANGKOK - THAILAND. Thailand melaksanakan hukuman mati pertama negara itu sejak tahun 2009, membabitkan seorang tahanan  dalam satu langkah yang disifatkan Amnesty Antarabangsa sebagai tidak boleh diterima sama sekali.

Theerasak Longji, 26, menjalani hukuman suntikan maut, enam tahun selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh di wilayah Trang.

"Kami masih memiliki hukuman mati, ia masih belum dibatalkan," kata timbalan setiausaha tetap di Kementerian Kehakiman, Tawatchai Thaikaew sambil menambah, hukuman berkenaan dilaksanakan mengikut undang-undang ditetapkan.

Jabatan Pemulihan antara penjara terbesar dunia berkata, 325 pesalah telah dijatuhkan hukuman mati sejak 1935, sebilangan besar oleh skuad penembak.

Kaedah itu bagaimanapun dihentikan pada 11 Disember 2003 dan sejak itu hingga 2009, enam lagi pesalah dijatuhkan hukuman mati menggunakan suntikan maut. - AFP