NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki tergamak meninggalkan kawannya terbakar di dalam kereta dipandunya, manakala dia segera menahan teksi untuk ke hospital, lapor Metro.co.uk.

Saaed Ahmad, 23, memandu kereta jenis sedan, Infiniti G25 di Lebuhraya Queens bersama rakannya, Harleen Grewel, 25, sebelum kenderaan itu merempuh pengadang jalan dan terbakar.

Bagaimanapun, Saaed kemudiannya bertindak meninggalkan kawasan kemalangan itu dengan menahan teksi ke hospital, meninggalkan Grewel mati terbakar di dalam kereta.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 4 pagi waktu tempatan, Jumaat lalu.

Pihak berkuasa menahan Saaed keesokan pagi, di bawah kesalahan cuai hingga membawa kematian kerana meninggalkan tempat kemalangan, membawa secara berbahaya dan memandu laju.

Ahli keluarga terdekat mendakwa lelaki itu sudah cuba membantu Grewel namun tidak berdaya kerana turut cedera.

"Dia tidak lari dari situ (tempat kejadian), dia dah cuba selamatkan Grewel tetapi tak mampu,  semuanya berlaku dengan pantas dan dia pun cedera di tangan, kaki dan leher dalam percubaannya itu.

"Dia dalam kesakitan dan ambulans tidak datang, sebab tu dia tahan teksi dan segera ke hospital," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Tentera Myanmar didakwa merogol beramai-ramai wanita dan remaja perempuan Rohingya ketika kempen ketenteraan baharu dilancarkan di Rakhine pada Ogos lalu yang membawa kepada lebih 600,000 penduduk melarikan diri ke Bangladesh, menurut kumpulan hak asasi manusia, semalam.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Harga minyak terus jatuh ke paras terendah selepas kerajaan Amerika Syarikat melaporkan peningkatan tidak dijangka pada stok minyak mentah dan gasolin, lapor Reuters.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pendakwa Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah mengemukakan pertuduhan keganasan terhadap suspek serangan trak pada Selasa di Bandaraya New York (NYC) , yang menyebabkan lapan maut dan 12 lagi cedera, lapor agensi berita China Xinhua.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala 11 lagi cedera setelah seorang lelaki memandu trak sewa ke laluan berbasikal di Manhattan dan melanggar orang awam, petang semalam, lapor Huffington Post.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuka sebuah persidangan pengumpulan dana utama bagi mendapatkan bantuan untuk hampir satu juta pelarian Rohingya di Bangladesh.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.