BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang dikatakan cuba merosak pagar sempadan Israel-Gaza, kata jurucakapnya, semalam.

“Tentera ternampak suspek yang menghampiri pagar keselamatan dan cuba merosakkannya.

“Suspek kemudian diberikan rawatan, namun meninggal dunia akibat kecederaannya,” menurut kenyataan tentera sambil menambah mereka melepaskan tembakan terhadap lelaki terbabit.

Sementara itu, pegawai keselamatan Palestin berkata, mangsa yang maut adalah Atef Mohammed Saleh, 32, dari Jabaliya di utara semenanjung Gaza berhampiran sempadan Israel. - AFP