WELLINGTON - NEW ZEALAND. Taufan Gita yang melanda Teluk Emas menyebabkan hampir 1,000 pelancong terkandas.

Pihak berkuasa berkata, mereka sedang menimbang kemungkinan untuk menghantar feri bagi mengeluarkan semua pelancong dari pulau terpencil terbabit kerana lebuh raya utama terhalang sepenuhnya akibat tanah runtuh.

Bekalan elektrik juga dilaporkan terputus di beberapa kawasan dan menjejaskan ribuan kediaman penduduk.

Gita yang dikategorikan sebagai taufan kelas lima minggu lalu menyebabkan kemusnahan besar kepada Tonga dan Samoa. - AFP