DHAKA - BANGLADESH. Ketua Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID), Mark Green hari ini menggesa Myanmar menamatkan keganasan terhadap minoriti Rohingya.

Beliau turut menggesa Yangon menyediakan pekerja bantuan kemanusiaan dan tidak menghalang media memasuki negara itu.

Green akan melawat kem pelarian Rohingya dalam kunjungan selama tiga hari di Bangladesh minggu ini.

Katanya dalam laporan di Dhaka, AS akan menyediakan bantuan tambahan sebanyak AS$44 juta (RM174.7 juta) bagi memenuhi keperluan pelarian Rohingya di Bangladesh.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hampir 700,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dari Negeri Rakhine, Myanmar untuk melepaskan diri dari tindakan kejam tentera sejak Ogos lalu sebagai tindak balas serangan pemberontak Rohingya. - Reuters.