Tak keluar rumah kerana gemuk
$entry.content.caption.value

LONDON - Seorang wanita gemuk di Britain seberat 254 kilogram mengakui dia tidak pernah keluar dari rumahnya sejak empat tahun lalu.

Brenda Flanagan-Davi­es, 43, mendakwa dia turut mengambil makanan lebih 6,000 kalori setiap hari termasuk sembilan keping coklat dan tiga liter minuman ringan.

Kini, Brenda mula menderita dan meminta bantuan mana-mana pihak untuk membantu dia mengurangkan berat badannya selepas menerima arahan doktor.

”Sebelum ini, saya memakan gula-gula dan coklat seperti mengambil ubat’,” katanya.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.