NEW YORK - Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mungkin menghantar satu misi pemerhati bersama ke Syria berikutan sekatan berbahaya kerajaan boleh memberi keburukan.
Rancangan misi itu disuarakan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon yang mengeluh dengan kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk menyetujui satu resolusi terhadap krisis di Syria, mengatakan undian membawa malang kepada rakyat negara bergolak itu dan hanya menggalakkan Presiden Bashar al-Assad meningkatkan serangan terhadap penentangnya.
Walau bagaimanapun, sebelum misi diteruskan, beberapa persiapan rapi perlu disediakan yang menurut Ki-moon dan Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi Selasa lalu, liga menggantung misinya ke Syria pada 28 Januari lalu disebabkan keganasan semakin meningkat.
Jelas Ki-moon, satu rundingan melibatkan Liga Arab dan ahli Majlis Keselamatan PBB akan dilakukan sehari sebelum maklumat lengkap dikeluarkan.
Sejak undian kedua terhadap resolusi Majlis Keselamatan dalam empat bulan ini, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mula meningkatkan sekatan mereka di Syria, selain sesetengah negara mempertimbangkan terhadap resolusi yang gagal itu bagi memenuhi Perhimpunan Agung PBB yang tiada sekatan.





