BERN - SWITZERLAND.  Susulan pilihan raya presiden pada 20 Mei lepas, 11 lagi rakyat Venezuela dikenakan sekatan oleh Kesatuan Eropah (EU), kata Sekretariat Negara Switzerland bagi Hal Ehwal Ekonomi.

Pada 28 Mac, 2018, Majlis Persekutuan Switzerland juga telah meluluskan langkah sekatan terhadap Venezuela sejajar dengan tindakan EU itu.

Switzerland kini menambah lagi 11 pegawai Venezuela dalam senarai sekatan.

Berdasarkan data dikeluarkan Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan Venezuela telah memasukkan berbilion dana ke dalam akaun bank di Swiss secara rahsia. Maklumat itu telah dibocorkan pemberi maklumat dari HSBC pada 2015.

Menurut data tersebut, Venezuela mempunyai akaun US$ 14.8 bilion di HSBC di Switzerland antara tahun 1998 hingga 2007. - Bernama