SINGAPURA – Pihak Kastam Singapura memberi amaran undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu yang terpengaruh dengan tawaran lumayan menerusi laman web atau media sosial untuk membawa masuk rokok tanpa duti kastam ke dalam negara itu.

“Kami dapati lebih ramai orang yang menjadi mangsa iklan atas talian yang mahukan khidmat pemandu kereta untuk membawa rokok tanpa duti kastam menyeberang sempadan.

“Tawaran kerja itu kelihatan lumayan, namun mereka sering membuat janji palsu bagi bayaran yang akan menyebabkan kamu terpaksa membayar ‘harga mahal' apabila ditangkap,” kata Pembantu Ketua Pengarah (Risikan dan Siasatan) Kastam Singapura, Yeo Sew Meng dalam kenyataan media.

Seramai 11 pemandu telah dipenjara kerana aktiviti demikian daripada Januari hingga pertengahan September 2017 yang telah dihukum penjara antara empat dan lapan bulan, sementara empat lagi pemandu yang ditahan pada Julai lalu sedang melalui prosiding mahkamah.

Kastam Singapura berkata terdapat satu kes yang melibatkan dua wanita Malaysia yang berumur 31 tahun dan 20 tahun yang masing-masing di dihukum penjara enam bulan dan 22 minggu Ogos lalu.

Siasatan mendapati mereka menerima tawaran itu menerusi Facebook untuk menyeludup rokok daripada Malaysia ke Singapura dengan dijanjikan bayaran S$420 (S$1=RM3.10) bagi setiap hantaran yang berjaya dilakukan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SINGAPURA - Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjumpai 1,750 karton rokok seludup yang disembunyikan di celah-celah kotak pelbagai jenis sayur di dalam sebuah trak dengan nombor pendaftaran Malaysia di pusat pemeriksaan Woodlands pada Rabu.
  • SINGAPURA - Dalam tempoh seminggu, para pegawai Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura berjaya menggagalkan lima cubaan menyeludup rokok melalui konsainan yang diimport melalui udara.
  • SINGAPURA - Kementerian Kesihatan akan mengharamkan penggunaan produk tembakau sedang muncul, yang kini belum terdapat di negara ini, dan yang sudah wujud di pasaran mulai 15 Disember tahun ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.