BEIJING - CHINA. Seorang lelaki yang digelar kononnya 'pemanjat bumbung pertama di China' dilaporkan telah meninggal dunia.

Laporan Shanghaiist mengatakan Yong Zhu sebelum ini kerap dirakam menerusi foto dan video menunjukkan aksi-aksi merbahaya ala 'daredevil' bahagian-bahagian sisi bangunan yang merbahaya.

Baru-baru ini, akaun media sosial Zhu akhirnya berhenti dikemaskini, menimbulkan spekulasi beliau telah meninggal dunia.

Semalam, teman wanita Zhu mengumumkan di Weibo bahawa Zhu memang telah meninggal dunia pada 8 November lepas.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci bagaimana dan punca kematian Zhu.

Zhu sebelum ini didakwa merakam aksi-aksi merbahaya tanpa menggunakan kelengkapan keselamatan demi mengumpul dana untuk membayar bil perubatan ibunya yang sakit.