KABUL - AFGHANISTAN. Lapan belas anggota militan terbunuh apabila pasukan keselamatan Afghanistan menyasarkan tempat persembunyian Taliban di daerah Khawja Sabzposh di utara wilayah Faryab pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap tentera Mohammad Hanif Rezai berkata 22 anggota militan turut cedera dalam beberapa serangan udara.

Kumpulan Taliban belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu.

Wilayah Faryab merupakan kubu kuat Taliban sejak sedekad lepas. - Bernama