SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Selatan hari ini mencadangkan isu melibatkan ketenteraan dan hal berkaitan pasukan Palang Merah, dibincangkan di meja rundingan dengan Korea Utara.

Agensi berita Xinhua yang memetik Naib Menteri Pertahanan Korea Selatan, Suh Choo-suk berkata Seoul menawarkan pertemuan diadakan di antara wakil tentera kedua-dua negara bagi menghentikan ketegangan yang semakin dirasai di sempadan Garisan Penandaan Tentera (MDL).

Choo-suk menyarankan perbincangan diadakan di Tongilgak, iaitu di bangunan yang terletak di sebelah Korea Utara pada 21 Julai ini.

Sementara itu, pasukan Palang Merah Korea Selatan turut mencadangkan dialog kepada rakan mereka di Korea Utara, bagi membincangkan tentang penyatuan semula keluarga di sepanjang sempadan kedua-dua negara yang terpisah sejak Perang Korea pada 1950 hingga 1953.

Menurut Seoul, isu melibatkan aspek kemanusiaan boleh dibincangkan pada 1 Ogos ini, di Peace House, bangunan yang terletak di sebelah Korea Selatan.

Tawaran rundingan itu dibuat susulan cadangan inisiatif perdamaian yang dirangka Presiden Korea Selatan Moon Jae-in yang mula memegang jawatan pada 10 Mei lalu.

Moon mengemukakan Inisiatif Damai Semenanjung Korea ketika beliau melawat Berlin, Jerman awal bulan ini. - Bernama
 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Selatan semalam menolak cadangan terbaharu Pyongyang untuk mengadakan rundingan ketenteraan dan menasihatkan mereka mengambil langkah ke arah meninggalkan senjata nuklear terlebih dahulu.
  • SEOUL - KOREA . Rundingan peringkat tinggi antara Korea Selatan dan Pyongyang kelmarin yang bertujuan mengurangkan ketegangan merentas sempadan, gagal mencapai sebarang persetujuan serta tiada tarikh baharu ditetapkan untuk perbincangan lanjut.
  • SEOUL - KOREA UTARA. Korea Utara semalam menolak rundingan baharu berhubung program nuklearnya, sebaliknya mengemukakan tawaran damai kepada Korea Selatan.
  • SEOUL - - Rundingan peringkat tertinggi antara Korea Selatan dan Korea Utara yang dijadualkan semalam terpaksa dibatalkan apabila kedua-dua negara gagal memilih wakil perunding sesuai untuk menghadiri perbincangan itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.