CHIANG RAI - THAILAND. Seorang lagi mangsa yang berjaya dibawa keluar dari gua Tham Luang, semalam menunjukkan simptom jangkitan pneumonia, kata pegawai kesihatan kepada pemberita di Hospital Chiang Rai Prachanukroh, hari ini.

Channel NewsAsia melaporkan pegawai kesihatan mengesyaki simptom sama pada dua kanak-kanak lelaki yang diselamatkan pada Ahad lalu.

Empat kanak-kanak lelaki pertama yang diselamatkan pada Ahad lalu dilaporkan semakin pulih dengan imbasan sinar-X dada mereka menunjukkan keadaan lebih baik.

[ARTIKEL BERKAITAN: Usaha bawa keluar mangsa terperangkap bermula]

[ARTIKEL BERKAITAN: Operasi menyelamat disambung semula]

[ARTIKEL BERKAITAN: Dua remaja Thai berjaya dibawa keluar]

[ARTIKEL BERKAITAN: Empat disahkan berjaya dibawa keluar ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Sah lapan berjaya diselamatkan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Budak terakhir dan jurulatih berjaya dibawa keluar]

[ARTIKEL BERKAITAN: Operasi menyelamat budak bola berakhir ]

Sementara itu, mereka yang mempunyai simptom pneumonia, perlu ditahan di hospital selama seminggu sebelum dibenarkan berehat di rumah masing-masing.

Kebanyakan mangsa yang diselamatkan mengalami penyusutan berat badan pada purata dua kilogram, sepanjang terperangkap dalam gua.

Pneumonia adalah jangkitan pada paru-paru sama ada disebabkan bakteria, virus atau kulat. Ia menyebabkan bengkak pada ruang udara kecil dalam paru-paru iaitu 'alveoli' yang dipenuhi dengan lendir atau nanah. - Agensi/ CNA