SEOUL - KOREA SELATAN . Seorang askar Korea Utara disiasat selepas melarikan diri dan berenang merentasi sungai Han untuk ke Korea Selatan.

Laporan BBC mengatakan askar tersebut yang berusia 20-an dikesan di Gimpo.

"Jangan bunuh saya, saya ke sini untuk khianat (defect)," kata askar tersebut kepada seorang askar Korea Selatan.

Minggu lalu, seorang askar Korea Utara juga melarikan diri dengan menyeberangi sempadan yang dikawal rapi.

Secara teknikalnya, Korea Utara dan Korea Selatan masih lagi dalam keadaan perang sejak konflik kerana gencatan senjata pada 1953 bukanlah perjanjian damai rasmi.

Sejak itu, lebih 30,000 warganegara Korea Utara sudah melarikan diri ke Korea Selatan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEOUL - KOREA SELATAN . Korea Utara dilaporkan menahan seorang warganegara Amerika Syarikat pada Sabtu kerana dia cuba meninggalkan negara itu, menjadikan jumlah bilangan rakyat AS yang ditahan kepada tiga.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.