WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Senat Amerika Syarikat (AS) kembali menamatkan kebuntuan bajet sebelum bermulanya minggu kerja apabila penutupan banyak operasi persekutuan bakal memberi impak di seluruh negara.

Kelmarin, rundingan Senat gagal untuk meluluskan belanjawan baharu dan mengelakkan penutupan operasi.

Susulan itu, undian utama ditetapkan dalam percubaan terakhir bagi membuka semula kerajaan sebelum ratusan ribu kakitangan persekutuan terpaksa memulakan minggu kerja tanpa gaji.

Pemimpin Parti Republikan, Mitch McConnell telah menetapkan undian pada jam 1 pagi (waktu tempatan) hari ini, untuk membiayai kerajaan sehingga 8 Februari sekali gus mengakhiri penutupan operasi dalam jangka masa pendek dan membolehkan lebih banyak masa untuk berunding.

"Saya beri jaminan bahawa kami akan mengundi pada jam 1 pagi hari ini, kecuali ada keinginan untuk mengadakannya lebih awal," katanya.

Setakat ini, penutupan operasi kerajaan yang bermula tengah malam Jumaat lalu, terhad kepada penutupan tapak tugu Liberty.

Penutupan operasi terakhir adalah pada 2013 dan berlangsung selama 16 hari, lapor BBC.