TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Polis sedang memburu seorang lelaki selepas kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam  perbuatannya memecah masuk sebuah premis.

Namun, apa yang menggelikan hati, si perompak memakai seluar dalam di kepalanya untuk menyembunyikan wajahnya.

Menurut media tempatan, kejadian berlaku pada bulan Jun di syarikat Enchanted Rock and Landscape Supplies.

Klip CCTV berdurasi selama beberapa saat itu menunjukkan seorang lelaki dengan seluar dalam yang menutupi wajahnya melihat tepat ke arah kamera.

Ramai yang meninggalkan komen di Facebook juga kehairanan mengapa suspek tidak berfikir panjang dan meninggalkan kesan cap jarinya di lokasi kejadian.

Klip berkenaan sudah ditonton lebih 200,000 kali dan dikongsi lebih 1,000 pengguna Facebook.

Ini bukan pertama kali aksi perompak bertukar menjadi satu komedi dengan cara mereka menyamar.

Dalam satu insiden berasingan di India baru-baru ini, seorang lelaki sekadar memakai beg plastik ketika ingin merompak, dia diberkas tidak lama selepas itu.  - NDTV