PENGURUSAN skuad Liga Super Perak sedang berunding dengan pihak ejen bagi membawa masuk pemain kebangsaan Norway, John Alieu Carew, 32,untuk menyarung jersi Seladang pada musim depan.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, proses rundingan sedang berjalan dan jika segalanya berjalan lancar, bekas pemain Aston Villa itu mungkin akan tiba di Ipoh tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, rundingan berkenaan masih di peringkat awal dan sebarang perkembangan diumumkan kemudian.

“Kita hanya dapat umumkan berkenaan rundingan peringkat awal bagi membawa masuk pemain itu dan tidak dapat mengulas lebih lanjut. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian,” katanya pada sidang media, semalam.

Carew merupakan pemain penyerang dan pernah bermain untuk pasukan West Ham, Stoke City, Lyon, Besiktas, Roma dan Rosenberg.

Dalam perkembangan lain, Khairul Azwan memaklumkan, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) menghormati keputusan bekas pemain Selangor, Azidan Sarudin memilih untuk beraksi bersama pasukan Pahang pada saingan Liga Malaysia 2013.

“Kita perlu melihat keputusannya dari sudut positif untuk meneruskan karier beliau dalam sukan bola sepak. Kita hormati keputusan Azidan.

“Kita juga ingin umumkan dua lagi pemain tempatan akan menyertai pasukan Perak tidak lama lagi, namun belum dapat mendedahkan nama mereka berikutan masih terikat dengan kontrak,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JADUAL Liga Malaysia (Liga-M) yang dikatakan padat berikutan perlawanan berlangsung selang dua hari, bukan perkara luar biasa kerana ia turut berlaku dalam liga utama di seluruh dunia.
  • VELIZAR Popov mempunyai alasan tersendiri mengapa dia mengkritik penjadualan Liga Malaysia (Liga-M) yang disifatkannya sangat tidak masuk akal sehingga menjejaskan kualiti semua pasukan bertanding dalam saingan musim ini.
  • PELUANG untuk Sarawak melangkah ke suku akhir Piala Malaysia cerah dengan syarat pasukan itu mampu untuk memanfaatkan peluang beraksi dalam baki tiga perlawanan dalam Kumpulan B.
  • LIMA lelaki ditahan kerana memiliki dan menyalakan suar ketika perlawanan persahabatan antarabangsa antara Liverpool FC menentang Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
  • KELAB tersohor Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan skuad Pilihan Malaysia seri 1-1 pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.