BERLIN - JERMAN. Sebuah sekolah tinggi di Jerman didakwa melarang pelajar beragama Islam daripada bersolat secara terbuka dengan alasan sebarang perbuatan berkaitan keagamaan adalah provokatif kepada pelajar lain.

Sekolah di Wuppertal itu menghantar notis kepada kakitangan meminta mereka untuk mengenal pasti dan melaporkan kes pelajar Islam yang bersolat di kawasan sekolah kepada jabatan pentadbiran.

"Sejak beberapa minggu lalu, pihak sekolah perhatikan semakin ramai pelajar Islam bersolat dengan agak jelas kelihatan kepada orang lain termasuk ketika mengambil wuduk di tandas, melipat sejadah dan berdiri menghadap kiblat. Ia tidak dibenarkan," menurut notis itu.

Notis tersebut dimuat naik di laman sosial Facebook minggu lalu, sekali gus mencetuskan kemarahan daripada segelintir pengguna yang mempertikaikan keputusan sekolah terbabit.

Susulan kritikan itu, pihak sekolah menyatakan notis yang dikeluarkan bertujuan untuk berbincang tentang jalan penyelesaian dengan pelajar terlibat supaya mereka boleh terus bersolat. - al Jazeera

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :