YALOVA - TURKI. Arah kiblat sebuah masjid di Sugoren, Yalova Barat terpesong sebanyak 33 darjah selama 40 tahun.

Keadaan itu hanya disedari oleh imam, Isa Kaya.

Bagaimanapun beliau telah mendapatkan pandangan mufti tempatan selepas mendengar khabar angin tentang arah kiblat masjid tidak selari dengan Kaabah di Makkah.

Susulan itu, imam telah mengambil tindakan awal dengan menandakan anak panah menggunakan pita pelekat putih ke atas permaidani bagi menunjukkan arah kiblat yang tepat ketika mereka sedang menunaikan solat.

Dalam pada itu, seorang arkitek ditugaskan untuk membetulkan arah kiblat berkenaan. - Irish Independent