JAKARTA - INDONESIA. Dua bulan selepas Indonesia menjadi perhatian dunia selepas melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai ke atas dua lelaki gay.

Indonesia sedang mempertimbangkan agar hukuman sebat yang baru dua bulan diperkenalkan di negara itu dilakukan secara tertutup.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan tanggapan negatif media dan kesan buruk kepada pelabur luar, lapor New York Times.

April lalu, dua lelaki Indonesia berdepan hukuman 100 sebatan selepas jiran mereka melaporkan pasangan itu mengadakan hubungan seks sejenis.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan gay kantoi berkhalwat di Aceh]

Memetik laporan The Associated Press, penduduk di kawasan kejiranan Banda Aceh melaporkan salah laku lelaki yang berusia 23 dan 20 tahun itu kepada pihak berkuasa pada 29 Mac lalu.

Sementara itu, memetik temubual bersama media tempatan, Timbalan Gabenor, Nova Iriansyah berkata, bertindak daripada respons antarabangsa terhadap hukuman itu, kerajaan akan mengurangkan liputan akhbar dan menjalankannya di dalam penjara.

"Ketika ini hukuman dilaksanakan di hadapan masjid selepas solat Jumaat.

"Saya rasa, kerajaan adalah betul dan kami perlu melakukan sesuatu," katanya.

Dalam satu kenyataan, pejabat gebenor berkata, keputusan itu memerlukan kelulusan daripada ulama dan perundangan Aceh.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah majoriti Islam Indonesia mengamalkan undang-undang Syariah, yang merupakan konsesi dibuat oleh kerajaan pusat pada tahun 2006.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :